Friday, November 25, 2011

Cucu Hj Ibrahim 1985

Cucu Hj Ibrahim tahun 1985

Kampung ku orang punya

Rumah Lot No.1, Kg Sembulan Lama, Jalan Sembulan,  88100 Kota Kinabalu
Nenek aku yang buka kampung ni. Tapi sayang kami sendiri terbuang pula dari kampung ini gara-gara pembangunan kerajaan. Ganti rugi cuma RM9,000.00 je.

Saturday, September 17, 2011

Rumah Terbuka Hari Raya

Rumah Terbuka Keluarga Ibrahim 24/9/2011 - Sabtu- Jam 10.00 pagi. Ada banyak aktiviti yang akan diadakan. Jangan tak hadir rugi. Pengumuman Hari Keluarga Bulan Disember 2011 akan diumumkan pada masa itu ya...... WAJIB sila pakai pakaian HARI RAYA

Monday, July 11, 2011

KENDURI ARWAH 16 JULAI/SABTU

Kenduri arwah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 16 Julai 2011 / Sabtu.
Masa : Kenduri Selepas Asar
Cara : 'PortLuck''
Tempat : Kediaman Ayahanda Kasmat Ibrahim

Menu seperti berikut (sila 'booking menu' sms ke 0168144988)
Masakan untuk 50 orang Dewasa dan 30 kanak-kanak


1) Asam pedas ( Munie)
2) Tom Yam (Hafizuddin )
3) Ayam masak apa je( Suraya )
4) Daging masak apa je(Lan )
5) Ikan masak sambal ( Tini )
6) Sayur campur (Hamdan)
7) Buah buahan ( Suhana + Suhaila )
8) Nasi + air ( Tuty )

Saturday, July 2, 2011

10 Tanda-Tanda Hati Kita Mati




Kg Sembulan Lama 1950an

Nama Sembulan diambil bersempena dengan gabungan nama ikan Sembilang dan ikan Bulan-Bulan yang terdapat didalam sungainya. Tetapi pada hari ini jenis ikan tersebut telah pupus. Pada hari ini hanya terdapat ikan Talapia dan ikan Bedukang sahaja. Tetapi janganlah pula nama Sembulan ditukar menjadi nama baru iaitu Pia+Kang = Kg. Piakang.

Kg Sembulan Lama 1930



Beginilah indahnya Kg. Sembulan Lama pada awal 1930an. Kg Sembulan Lama dibuka pada tahun 1900 oleh keluarga Datu Panglima Salam bersama dua lagi adik beradiknya yang lain iaitu Datu Panglima Dari, Datu Panglima Butho.